- Memandang rendah kepada orang lain, terutamanya orang yang difikirkan kurang daripada dirinya.
- Menghina, memalukan, menengking, memarahi, mengamuk, berang, memaki hamun, mencerca, meninggikan suara, bermasam muka membeliakkan mata terhadap orang yang dipandang rendah itu.
- Tidak menerima pendapat orang lain, walaupun benar.
- Bila di dalam majlis, ia sahaja yang bercakap, yang pada pandangannya paling bernas.
- Ia tidak suka menziarahi orang, tetapi meminta orang menziarahinya.
- Bila berjalan, dengan penuh rasa angkuh dan bangga. Apabila tiba di hadapan orang, ia terus bercekak pinggang dan wajahnya diseriuskan tanpa rasa belas kasihan dan kasih sayang.
- Ia tidak duduk bersama dengan orang yang kedudukannya lebih rendah darinya.
- Ia mahukan kemajuan dan kebenaran hanya datang darinya, bukan daripada orang lain.
- Tidak mahu bertolak ansur, tidak bertimbang rasa, tidak suka bekerjasama, tolong-menolong dan tidak menghormati orang lain.
Friday, July 25, 2008
Sifat-Sifat Orang Yang Sombong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment